Sunday, 24 January 2016

RESTORAN AROMA HIJRAH

Assalamualaikum dan hi,

Entri post pada harini adalah tentang restoran yang telah saya kunjungi iaitu Aroma Hijrah. Restoran ini adalah sebuah restoran arab dan ianya terletak di Shah Alam. Restoran tersebut dimilik oleh usawahan yang berdedikasi iaitu Puan Rohani Hassan dan dibantu oleh suaminya, En. Aminuddin Resad. Mereka menyediakan hidangan makanan citarasa dari timur tengah seperti Yaman, Arab dan Palestin. Konsepnya pula adalah berkonsepkan restoran keluarga. 



(Menu dan harga yang ditawarkan.)







(Suasan ketika mengunjungi restoran tersebut.) 








(Makanan yang saya pesan iaitu Shawarma Chicken & Fries, RM13.50)




Pada pendapat saya, makanan yang saya pesan iaitu Shawarman Chicken sangat sedap. Rasanya sedap dan lain daripada kebab yang selalu dibeli. Isi di dalam kebab itu juga banyak dan rasa ayamnya unik. Air yang saya pesan pula, Barbican. Air tersebut seperti air gas tetapi rasanya juga unik dan lain. Ianya selalu terdapat di premis-premis arab. Selain itu, saya pernah juga memesan Set Combo yang terdapat pada menu mereka. Nasi Mandy juga sedap dan ayam bersama kambing yang dihidangkan menambahkan selera makan kerana mereka menyajikan makanan yang cukup menyelerakan dan segar-segar.  

Bagi mereka yang menggemar atau ingin mencuba makanan arab, saya menggalakkan anda untuk datang ke restoran ini. Jika datang bersama keluarga, bolehlah memesan Set Combo nasi Mandy, Kabsah atau Maqlubah. Tidak salah untuk mencuba makanan yang baharu seperti makanan arab ini. Tidak rugi juga jika anda merasa makanan disini. Selamat mencuba!  

Anda boleh mencari lokasi restoran ini dengan menggunakan waze. Alamatnya adalah No. 8 Jalan Opera U2/H Taman TTDI Jaya, Seksyen U2 Shah Alam, Selangor.

No comments:

Post a Comment